Posted Press Release

Harta intelek kurang dihormati

Oleh Zainuri Misfar

SERIUS: Dari kiri, Aziz, Manuel, Smith, Bolme, Dominic Luqner dan Ong pada sidang akhbar seminar harta intelek, kelmarin.

FIA dan FIM anjur seminar bagi memberi kesedaran kepada penggiat seni hiburan tanah air mengenai kepentingan melindungi hasil ciptaan mereka

PELBAGAI seminar, sesi dialog dan bengkel mengenai hak ke atas harta intelek akan terus diadakan di mana-mana saja bagi memastikan hak ke atas penghibur, artis dan penggiat seni dilindungi.

Pengerusi, Persekutuan Pelakon Antarabangsa (FIA), Tomas Bolme, berkata bagaimanapun, hasil usaha agresif FIA dan Persekutuan Pemuzik Antarabangsa (FIM) tahap kesedaran mengenai melindungi harta intelek ini sudah mula ada peningkatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan bengkel bertajuk Profesional, Sosial dan Hak Harta Intelek Seorang Penghibur: Fokus Terhadap

Malaysia anjuran FIM dan FIA dengan kerjasama Performer and Artistes Rights Malaysia (Prism) dan Majlis Muzik Malaysia (MMM).

Sementara itu, Setiausaha Agung FIA, Dominic Luqner berkata seminar tiga hari di Kuala Lumpur bermula 19 November lalu, membincangkan pelbagai perkara daripada status sosial seseorang penghibur dan pengiktirafan yang tidak memuaskan dalam melindungi harta intelek.

Ahli kedua-dua persekutuan ini (FIA dan FIM) berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan di Malaysia, yang akan dibantu wakil Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Persekutuan Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC),?katanya.

Turut hadir Pengerusi Prism, Aziz Bakar; Setiausaha Agung MMM, Ong Peng Chu; Setiausaha Agung FIM, Benoit Manuel; dan Pengerusi FIM, John Smith.

Sementara itu, Aziz berkata seminar itu walaupun diadakan dalam skala yang agak kecil tetapi tetap memberi manfaat kepada penggiat seni hiburan tanah air, terutama berkaitan hak sebagai penghibur, kedudukan sosial mereka dalam masyarakat selain mengenai kepentingan melindungi harta intelek.

Kami jangka 25 pertubuhan menyertai seminar ini, tetapi hanya 18 saja yang muncul. Agak mengecewakan juga tetapi seminar ini tetap diteruskan kerana ia mendapat sokongan agensi antarabangsa seperti FIA dan FIM,?katanya.

Selain MMM dan PRISM, seminar itu turut disertai wakil Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Artis Rakaman India Malaysia (IRIM), Persatuan Penyanyi, Penulis Lagu dan Pemuzik Tanah Air (Papita), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Akademi Muzik Malaysia (AMM) serta Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim).

Back

 
 
     
 



Artist Login
. All rights reserved by Performers & Artistes Rights Malaysia (PRISM) . Designed by
Agni Chakra