Berita terbaru mengenai SCAPR (International Societies’ Council for the Collective Management of Performers’ Rights) dalam mesyuarat lembaga yang berlangsung pada 18-21 Mei 2005 di Vienna, Austria, Pengurus Besar PRISM (Performers And Artistes Rights) Mr. Ong Peng Chu telah dicalonkan dan seterusnya terpilih untuk menjadi ahli lembaga pengarah SCAPR. Ong yang gembira dengan berita tersebut menganggap peluang ini adalah yang terbaik kerana beliau dapat bekerjasama serta membantu institusi penghibur antarabangsa ini sekaligus menjadi orang pertama di Asian yang dapat memegang jawatan ahli lembaga pengarah di peringkat antabangsa dalam persatuan industri muzik. Ini juga adalah pemulaan kerjasama antarabangsa dimana PRISM memainkan peranan penting dalam kerjasama ini.
Dia berkata ‘ kerjasama antara SCAPR adalah permulaan untuk komunikasi yang baik antara ahli persatuan antarabangsa yang mengutip dan mengedarkan royalti untuk artis dan pemuzik, menyumbang dalam pembangunan hak artis dan pemuzik seperti perjanjian dua pihak, penyelesaian teknikal dan bagi tujuan pembangunan persatuan yang baru. Ini amat penting dalam membantu kami mengharmonikan kemajuan teknikal, undang-undang dan aspek praktikal dalam kerjasama antarabangsa seperti peranan CISAC iaitu persatuan pencipta dan penulis lagu antarabangsa. Saya gembira untuk menyokong apa jua usaha yang akan membawa perubahan positif kepada pendapatan artis dan pemuzik melalui territori, walau bagaimanapun keutamaan saya ialah menyumbang kepada aspek pembangunan hak artis bersama di Malaysia mahupun Negara Asian’.
Tambahan pula, SCAPR telah menerima jemputan dari PRISM untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ke-32 SCAPR yang akan berlangsung pada Mei 2007 di Kuala Lumpur. Ianya menjadi berita terhebat di samping memberi publisiti kepada pihak PRISM dan juga industri muzik Malaysia pada tahun 2007.
‘Artis dan pemuzik juga harus diberi hak istimewa dan sama rata seperti penerima royalti yang lain dalam industri muzik seperti penulis lirik, komposer serta yang lain. Kami benar-benar menghargai usaha yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang menyetujui WCT dan WPPT (WIPO Performances and Phonograms Treaty) di bawah Akta Hak Cipta secara rasmi tahun ini. Ini membawa maksud hak artis dan pemuzik akan dilindungi walaupun hak mereka disebarkan melalui teknologi terbaru’ tambah Ong selepas sessi dialog bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.